Kaki Novel 3 !

haha. hari aku update lagi pasal novel. 2hari jgk larh aku abiskan novel nie. lagipon novel nie lama dah aku baca. Jalan cerita Menarik jgk. That's Why bile sll baca pon tak boring. Dlm minggu nie aku byk abiskan masa Dengan Persembahan Budak2x KRESMA jumaat nie(17/6/2011). Pening kepala Mikir nya, Mcm2x ragam smpai ade yg tak puas aty ngan aku larh. lantak korg larh aku ckp. korg dah hebad2x belaka, Hope Korg Berjaya jelarh :D. selain itu mlm2x aku aktif BerFUTSAL, yelarh 18hb nie aku ade Tournament kat belakng giant. Disbbkan futsal jgk aku kini sedang INJURED :( . BTW nie ringkasan novel yg baru sajer aku abis baca*walaupon dah berKALI-Kali baca. HAHA :D :

M.A.I.D

Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, NOORUL rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada HARRIS TAN SRI HAMDAN. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan HARRIS, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan NOORUL menggelarnya Mr.F (fussy).

Daripada berbalas-balas nota berkaitan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja. Fitnah yang melanda menyebabkan NOORUL dan Mr. F terpaksa disatukan. Siapa Punya Angkara? Asyraf? Musuh Perniagaan TAN SRI HAMDAN?

Serabutnya NOORUL hanya ALLAH yang tahu. Die terpaksa berhadapan dengan PUAN SRI KIRANA yang enggan menerimanya sebagai menantu, ELISA - perempuan "plastik" yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr. F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.

Apakah perisai NOORUL untuk menghadapi pancaroba ini ? 'Kuali'? 'Sudip'?

Nak tahu Kesudahanya ?
Boleh Beli Di BOOK STORE terdekat . hahaha
Just RM 26.00 only .
Sekian Terima Kasih <3



No comments:

Post a Comment